TIPS BELAJAR SAAT AKHIR.
BAHAGIAN C (NILAI MURNI)
Bertenang dan jangan cemas
Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda terhad. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan akan akan diambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.
Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.
Yakin terhadap kebolehan diri
Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan
.
Masa rehat perlu secukupnya
Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.
Hapuskan tabiat suka tidur
Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.
Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan
Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.
Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.
Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.
Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting
Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.
KUNCI KEJAYAAN
KUNCI KEJAYAAN
BAHAGIAN C (NILAI MURNI)
Kelemahan Pelajar
a)Tidak memahami kehendak soalan
b)Menyalin semula ayat berdasarkan petikan
c)Tidak dapat mengenal pasti nilai2 murni
d)Mengulas cerita yang di beri ,tidak membuat ulasan tentang nilai
e)Nilai murni yang tidak berkaitan dengan petikan.Hanya nilai murni yang dihafal\diketahui sahaja.
f)Banyak kesalahan dalam aspek bahasa

Kelemahan2 Pemeriksaan Guru
1.Menggunakan satu jenis penandaan sahaja untuk kesalahan2 bahasa
1.Menggunakan satu jenis penandaan sahaja untuk kesalahan2 bahasa
berlainan.
2.Menggunakan satu tanda (\) panjang lalu diberikan markah.
3.Tidak meletakkan penandaan bagi kesalahan yang dilakukan oleh
2.Menggunakan satu tanda (\) panjang lalu diberikan markah.
3.Tidak meletakkan penandaan bagi kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar.
4.Penandaan bagi idea2 yang diberikan oleh pelajar tidak ditandakan
4.Penandaan bagi idea2 yang diberikan oleh pelajar tidak ditandakan
dengan tepat.
5.Masih menggunakan kaedah analitik dalam penandaan.
6. Markah yang diberikan oleh pelajar tidak digenapkan.
7.Kurang tepat menentukan kesalahan dalam aspek tatabahasa.
Contohnya,antara kesalahan struktur ayat dengan penggunaan

perkataan.
8.Markah yang diberikan kurang tepat,sama ada terlalu tinggi\terlalu
8.Markah yang diberikan kurang tepat,sama ada terlalu tinggi\terlalu
rendah untuk bahagian C.
Teknik Menjawab Bahagian C
Sebelum Menjawab
1.Baca &faham arahan soalan.
a)Tulis lima nilai murni atau pengajaran yang boleh kamu dapati daripada
Sebelum Menjawab
1.Baca &faham arahan soalan.
a)Tulis lima nilai murni atau pengajaran yang boleh kamu dapati daripada
petikan atau puisi.
b)Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
c)Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
b)Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
c)Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
2.Mencatat nilai murni\pengajaran\amalan yg baik
a)Baca petikan atau puisi yang diberi secara keseluruhan dan cuba faham
a)Baca petikan atau puisi yang diberi secara keseluruhan dan cuba faham
isi kandungannya.
b)Baca petikan atau puisi yang di beri secara ayat demi ayat dan gariskan
b)Baca petikan atau puisi yang di beri secara ayat demi ayat dan gariskan
ayat \rangkaikata yang mempunyai nilai2 murni.
c)Jika terdapat nilai yang negatif,jadikan nilai itu kepada positif.
c)Jika terdapat nilai yang negatif,jadikan nilai itu kepada positif.
Contoh:bangun lewat-bangun awal
3.Senaraikan nilai murni seberapa banyak yang dapat (melebihi 5 nilai murni)
4.Memahami nilai yang tersurat dan tersirat.
5.Elakkan membuat ulasan dalam bentuk cerita.
6.Hanya nilai positif yang terdapat dalam petikan sahaja diterima.
7.Elakkan\jangan menyalin semula petikan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun.

SEMASA MENJAWAB
1.Berpandukan nilai2 murni yang telah dicatat,tulis jawapan dengan menggunakan ayat sendiri dan cuba gunakan penanda wacana yang sesuai untuk membina ayat yang gramatis.
2.Ulasan hendaklah tulis dalam satu perenggan sahaja.
3.Elakkan\jangan menyalin semua perenggan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun.
4.Peribahasa atau kata hikmat tidak perlu di masukkan.
5.Kemukakan lebih daripada 5(lima) nilai\pengajaran.
6.Ulasan tidak perlu terlalu panjang.Satu nilai memadai dengan satu ayat sahaja.
7.Hanya nilai positif yang terdapat dalam petikan sahaja di terima,

SELEPAS MENJAWAB
1.Semak 5 aspek kesalahan bahasa.(perbendaharaan kata,skruktur ayat,imbuhan,ejaan,dan tanda baca)
2.Pastikan lebih daripada 5 nilai murni\pengajaran.
3.Bilangan perkataan tidak perlu terlalu panjang.Memadai antara 50-70 patah perkataan sahaja.
4.Jangan mencatat di ruang jawapan.

CONTOH LATIHAN
Apabila balik dari sekolah, Suraya mengeluarkan buku-buku teks barunya dari beg. Kakaknya berkata, �Biar kakak tolong kamu balut buku-buku itu,� Suraya menjawab, �Terima kasih kasih, kak. Biar saya yang membalut buku-buku ini.�

Suraya merupakan anak yang suka menolong ibu bapa dan ahli keluarganya. Suraya selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk,melipat kain dan mengemas rumah. Suraya juga membantu ayahnya mencuci kereta.
Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas,kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaian.
Pada hari minggu,suraya dan keluarga selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

Nilai murni atau pengajaran
1. Menjaga keselamatan buku
2. Memberi bantuan/tolong-menolong
3. Berdikari dengan membuat sendiri
4. Rajin membantu keluarga
5. Menjaga kebersihan
6. Mengisi masa lapang
1. Menjaga keselamatan buku
2. Memberi bantuan/tolong-menolong
3. Berdikari dengan membuat sendiri
4. Rajin membantu keluarga
5. Menjaga kebersihan
6. Mengisi masa lapang
Contoh jawapan
Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita hendaklah menjaga keselamatan buku dengan membalut buku. Selain itu kita mestilah mengamalkan sifat pemurah dengan memberikan bantuan dan bekerjasama antara satu sama lain. Seterusnya,kita haruslah menjaga kebersihan diri dan persekitaran supaya kelihatan bersih dan ceria.Di samping itu, kita seharusnya menolong ahli keluarga untuk meringankan bebanan mereka. Di samping itu juga,kita sepatutnya tidak membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Akhir sekali, kita sepatutnya menjadi seorang insan yang bertanggungjawab kepada diri dan keluarga.

Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita hendaklah ............................................���������� � Selain itu, kita mestilah ������������ ��. Seterusnya, kita haruslah ����������� ��. Di samping itu, patutlah ����������� ��� Akhir sekali, kita sepatutnya ��������� ��. Kesimpulannya, kita seharusnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
0 comments:
Post a Comment