TATABAHASA GOLONGAN KATA KATA NAMA Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa ) b) Kata Nama Khas c) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan e) Kata bilangan Nama Betul 1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. Nama Am 2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang: (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. 4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. 5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai - buaian tua - ketua raja - kerajaan tahu - pengetahuan Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh:
Kata Nama Khas 1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kata nama Terbitan Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan : di awal kata ( awalan ) di akhir kata ( akhiran ) di awal dan di akhir kata ( apitan ) Sila teliti contoh-contoh imbuhan :
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
LATIHAN KATA NAMA A. Isi tempat kosong dengan kata yang sesuai. Melaka garam Universiti Malaya dewan Alba bangau Comel kampung gelas Kompeniku 1 Sudah lama saya tidak menjenguk nenek di . 2 Setinggi-tinggi terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. 3 Majalah akan diterbitkan tidak lama lagi. 4 "Masukkan secubit ke dalam masakan itu," kata ibu. 5 Kakak saya bekas mahasiswi . 6 Tambang bas dari ke sini ialah lima ringgit. 7 Adik sungguh sayang akan . 8 Murid-murid diminta berkumpul di . 9 itu jatuh ke lantai lalu pecah. 10 Abang menghadiahi saya sebuah jam tangan . KATA KERJA Kata kerja terbahagi kepada : A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau ) B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau ) A. Kata Kerja Transitif 1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut(objek). 2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek ) 3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan. 1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: Atan mendengar radio. mendengar ialah kata kerja transitif radio ialah objek (kata nama) Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya: Contoh ayat : 1. Kucing itu menangkap seekor burung. 2. perempuan itu menjual sayur. 3. Bapa sedang menulis surat. Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut. Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut. Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut. (a) Pak Abu menjala ikan. (b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu. (c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung. (d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh. (e) Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih. (f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
B. Kata Kerja Tak Transitif Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut. Contohnya :: 1. Mereka berjalan pada hari cuti. 2. Anjing itu sedang tidur. 3. Hujan turun dengan lebatnya semalam. Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain. Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain. Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Kata Kerja Tak Transitif 1.Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi. 2.Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras. Peringatan Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’ di hujungnya. Contoh ayat: 1. Mereka menjalankan jentera itu. 2. Emak sedang menidurkan adik. 3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori. 4. Halim mengikuti perbualan mereka. 5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam. Kata Kerja Pasif 1.Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men. Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya. 2.Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga 3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-. Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan. 4.Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-. Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan. 5.Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-. Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan.LATIHAN KATA KERJA A.Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata kerja yang sesuai. terpengaruh mendakwa berbincang mengalah dicat mempelbagaikan berpandukan memperalat mengerti kandas 1 Orang itu bahawa beg itu kepunyaannya. 2 Sudah dua kali dia dalam ujian Matematik. 3 Guru-guru perlu kaedah pengajaran. 4 Jangan sekali-kali orang yang lemah. 5 Kamal selalu pada adik bongsunya. 6 Mereka seringkali tentang masalah peribadi. 7 Puan Aini tidak mudah oleh pujuk rayu jurujual itu. 8 Dia masih tidak akan kejadian yang sebenarnya. |
BAHASA MELAYU KERTAS 2
BAHAGIAN B
Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
1. karangan tidak berformat
2. berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita
yang diberi
3. berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang.
4. elakan terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi
5. memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas
tentang sesuatu cerita itu.
6. setiap cerita mempunyai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, tolong-
menolog, kasih sayang atau apa saja yang boleh membawa pengajaran.
7. walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal.
A. Sudahkan cerita di bawah ini.
Saya mengayuh basikal agak perlahan. Walaupun lampu elektrik menerangi jalan, tetapi saya perlu berhati-hati. Saya bimbang termasuk lubang atau terbabas ke dalam parit. Sambil mengayuh, saya sempat berbual dengan Ahmad yang duduk di belakang. Tiba -tiba saya ternampak susuk tubuh manusia menuju belakang balai raya. Tanpa membuang masa ‘ ‘ ‘
Tanpa membuang masa , saya memberhentikan basikal. Ahmad kehairanan, tetapi saya segera memberitahunya. Ahmad faham. Basikal saya baringkan di tepi jalan raya.Tiba-tiba saya terdengar cermin pecah. Saya yakin sudah tentu lelaki itu seorang pencuri. Dua bulan lalu kaset dan pinggan mangkuk dicuri orang. Mungkinkah kejadian yang sama akan berulang ?
Pencuri itu mesti ditangkap, kata hati saya. Saya meminta Ahmad mengawasi pencuri itu keranasaya hendak ke rumah Tuk Ketua. Tetapi sebelum sampai di rumah Tuk Ketua, saya nampak ramai orang baru keluar dari masjid. Salah seorang daripadanya ialah Tuk Ketua. Saya masuk ke perkarangan masjid. Disitu saya segera ceritakan apa yang saya lihat. Tuk Ketua segera memberi taklimat . Kemudian mereka segera bergerak menuju ke balai raya.
Sampai di balai raya, seramai lima orang menuju ke bahagian belakang dan sebahagian lagi menjaga bahagian kiri, kanan dan depan. Mereka melangkah serentak merapati balai raya. Lelaki di dalam balai raya itu perasan, tetapi tidak sempat melarikan diri. Lelaki itu akhirnya dapat ditangkap. Kemudian TukKetua mengucapkan terima kasih kepada saya dan Ahmad.
A. Lengkapkan cerita di bawah yang berahkir deng an ayat berikut :
‘ ‘ ‘ . Bila kubuka mata, aku melihat ayah dan ibu berada di sampingku. Perempuan yang berwaja hngeri itu telah pergi.Pada malam itu, aku berseorangan di rumah. Ayah dan ibu masih belum pulang. Di luar, hujan turun
dengan lebat, kilat sabung-menyabung.Aku toleh ke arah jam usang di dinding. Rupa-rupanya sudah hampir pukul satu pagi.
Aku semakin risau kerana bayang ayah dan ibuku masih belum kelihatan.Tiba-tiba kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu hadapan. Aku bergegas membuka pintu. Sebaik sahaja pintu terkuak, alangkah terkejutnya aku kerana seorang perempuan bertudung hitam berada di situ.Wajahnya amat mengerikan.Dia memandang tajam ke arahku. Peluh dingin mula keluar dari badanku. Dia cuba menerkamku.Belum sempat dia menyambar tubuhku, aku menendang badannya lalu tersungkur ke tanah.
Aku menutup pintu. Tiba-tiba matu kabur. Aku terus terjatuh. Bila ku buka mata , aku melihat ayah dan ibu berada disampingku. Perempuan yang berwajah ngeri itu telah pergi.
Karangan Jenis Fakta / Rencana
· ditulis dalam bentuk format biasa
· karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.
· jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya
· fahamkan kehendak soalan . Contohnya karangan yang bertajuk
”Tuliskan apa yang kamu tahut entang burung…. Karangan ini mungkin disalah tasirkan sebagai burung yang murid sukai atau burng peliharaan murid.
· pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk.
· senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya.
· setelah mengemukakan pengenalan , tulis bahagian isi
· pastikan anda dapat menyediakan 4 isi
· kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi
· setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.
· masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.
· setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.
· gunakan bahasa yang tepat, usah leret-leret.
Soalan
Tuliskan sebuah karangan tentang ’Penggunaan Komputer“.
Rangka Karangan :
Pendahuluan - alat komunikasi rekaan sains
- penggunaannya meluas
Perenggan ke-2 - digunakan di pejabat-pejabat
- menyimpan data-data
- menjalankan tugas dengan cepat
Perenggan ke-3 - pengunaan komputer di pusat-pusat perubatan
- mengesan penyakit
- membantu mengesan penyakit
Perenggan ke-4- pengunaan komputer dalam pelajaran
- mengajar Matematik, Sains dan Bahasa
Penutup - keuntungan menggunakan komputer
- jimat masa dan wang
- bantu manusia menyelesaikan masalah yang sukar
Komputer merupakan salah satu alat komunikasi rekaan sinas. Penggunaannya begitu meluas dewasa ini. Komputer digunakan dalam pelbagai bidang.Komputer sering digunakan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta.
Ia berfungsi sebagai alat untuk menyimpan data-data. Dengan penggunaan komputer , kakitangan pejabat dapat menjalankan tugas dengan
cepat dan tepat.Pusat-pusat perubatan juga menggunakan komputer bagi mengesan sesuatu penyakit.
Dengan penggunaan komputer juga , ia dapat mengatasi kekurangan tenaga pekarja. Komputer dapat membantu menyelesaikan kes-kes atau pembedahan yang rumit. Komputer turut digunakan dalam bidang pelajaran. Kebanya kan sekolah menggunakan computer untuk mengajar mata pelajran Matematik , Sains , Fizik dan sebagainya.
Pendek kata penggunaan komputer banyak mendatangkan keuntungan. Ia dapat menjimatkan masa dan wang serta membantu menyelesaikan masalah yang sukar di selesaikan oleh akal manusia.
Tajuk : Banjir
Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya negeri -negeri Pantai Timur. Bajir berlaku setelah hujan lebat tidak berhenti -henti selama beberapa hari.Biasanya banjir melanda kawasan-kawasan yang rendah dan berhampiran sungai.
Apabila Bajir melanda, banyak harta benda akan musnah. Binatang ternakan dan tanaman akan mati. Para petani akan mengalami kerugian besar.Banjir juga mengancam manusia. Kita tidak boleh bermain dengan air banjir kerana alirannya yang deras dan dalam akan menghanyutkan kita. Jika tidak tahu berenang , kita akan mati lemas.
Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.
Tajuk : ” Kepentingan Kenderaan …
Setiap hari kita dapat melihat pelbagai jenis kenderaan. Ada kenderaan yang bergerak di air. Ada pula yang dapat bergerak di udara dan ada yang bergerak di darat.
Kenderaan ini di gerakkan oleh enjin yang direka khas. Kenderaan amat penting dalam kehidupan manusia. Sejak zaman dulu lagi manusia menggunakan kenderaan untuk tujuan pengangku tan . Ini termasuklah mengangkut barang-barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kenderaan yang digunakan bagi tujuan pengangkutan ini termasuklah kenderaan darat seperti lori, van, keretapi, motorsikal dan kereta. Kapal laut, feri perahu dan sebagainya adalah contoh pengangkutan air. Kapal terbang dan helikopter pula adalah pengangkutan jenis udara.
Kenderaan mambolehkan kita pergi ke mana-mana destinasi yang kita sukai. Kita tidak perlu memikirkan cara mana untuk sampai ke satu-satu tempat. Kenderaan yang ada membolehkan ianya membawa penumpang. Contohnya, dengan hanya membayar sejumlah wang yang tertentu, kita boleh pergi ke mana-mana destinasi yang ingin ditujui.
Perniagaan pada hari ini amat memerlukan kenderaan. Syarikat -syarikat perniagaan amat bergantung sepenuhnya kepada kenderaan untuk memasarkan barangan keluaran mereka. Dengan adanya kenderaan ini hasil-hasil pertanian dan barang-barang perindusrian dapat diproses. Oleh itu, kegiatan ekonomi akan berjalan dengan lancar dan kesannya wuju dlah pembangunan. Untuk sampai ke satu-satu tempat yang jauh memerlukan jarak masa yang sangat lama.
Dengan menaiki kenderaan, masa yang panjang dapat dikurangkan. Contohnya apabila kita menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Masa yang diambil untuk sampai ke sana hanyalah empat puluh lima
minit. Ini amat menjimatkan masa serta tenaga. Jadi jelaslah bahawa kenderaan adalah agen pengangkutan yang amat penting. Dengan adanya
kenderaan semua kerja dapat dilakukan dengan mudah, cepat tepat dan cepat.
Tip :
Isi karangan berbentuk fakta adalah senang dicari secara peta minda.
Karangan Jenis Perbincangan
1. Karangan jenis ini membicarakan dua sudut secara serentak iaitu sesuatu isu dan persoalan.
2. setelah mengemukakan pengenalan ( maksud atau definisi tajuk )
3. perlu mentafsirkan tajuk sama ada benar atau salah, baik atau buruk, tetapi pendapat menjurus ke arah
tajuk
4. tulis bahagian isi ( pastikan anda dapat menyediakan 4 isi )
5. setiap isi haruslah dibincangkan ( yang penting d idahulukan )
6. kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi ( perlu penghujahan yang benar dan logik )
7. setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup ( berupa penegasan terhadap tajuk ).
Tinggal di kampung lebih baik tinggal di bandar.
Pendahuluan :
n ulasan kamu mengenai tempat tinggal kamu
n pilihlah yang mana sesuai
isi
i. alam sekitar
n udara , bunyi , air
ii. jimat perbelanjaan
n sumber makanan yang murah dan segar
iii. hidup berjiran
n tolong-menolong , bekerjasama
iv. suasana lebih aman
n jauh daripada kesibukan , jenayah , kecurian
Penutup
penegasan kepada tajuk.
Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di kampung banyak keaslian dan kecantikan alam semulajadi yang tidak terdapat di bandar.
Saya suka tinggal di kampung kerana di sini terdapat pokok -pokok yang menghijau , burung-burung berkicauan dan sungai-sungai yang jernih airnya. Di kampung suasananya aman dan damai. Udaranya bersih dan nyaman , jauh daripada pencemaran udara.
Oleh itu tinggal di kampung lebih sihat daripada tinggal di bandar. Tinggal di kampung boleh menjimatkan wang. Kita boleh menggunakan air yang tidak berbayar dan air perigi yang sejuk dan jernih untuk di minum, membasuh, dan mandi.
Kita juga boleh menanam dan makan sayur-sayuran yang segar. Orang-orang di kampung hidup tolong-menolong , bergotong-royong dan bertegur-sapa di antara satu sama lain. Dengan ini hidup lebih bermakna dan dapat menghindarkan diri dari pengaruh –pengaruh yang boleh merosakkan dan menjatuhkan moral.
Suasana yang tenteram dan damai , udara yang segar dan penduduknya yang berbudi bahasa menyebabkan tinggal di kampung lebik baik daripada di bandar.
Tajuk : Bincangkan kebaikan dan keburukan menonton televisyen.
Televisyen merupakan alat ciptaan manusia hasil daripada perkembangan sains dan teknologi. Alat perhubungan ini amat popular pada masa kini.
Menonton televisyen mempunyai banyak kelebihan kerana televisyen menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Melaluinya, kita dapat mengetahui cara dan gaya hidup masyarakat lain.
Selain itu, terdapat juga rancangan-rancangan bercorak pendidikan yang disiarkan misalnya rencana. Kita akan memperolehi ilmu yang berfaedah daripada siri tersebut.
Namun begitu, menonton televisyen juga boleh melalaikan dan membuang masa di depan televisyen terutamanya pelajar-pelajar. Mereka lebih suka menghabiskan masa di depan televisyen tanpa menghiraukan pelajaran.
Kesimpulannya, kita boleh menonton televisyen tetapi mesti mengetahui batas -batas kerana televisyen mempunyai kebaikan dan keburukan.
0 comments:
Post a Comment