DALAM TEMA “KELUARGAKU SAYANG” SAYA INGIN MENGUPAS BEBERAPA
TAJUK PENTING YANG BOLEH MEMBANTU ANDA SEMUA MEMAHAMI TAJUK YANG
AKAN DIBINCANGKAN. ANTARANYA TERMASUKLAH,
Contoh-contoh karangan
Sistem Bahasa
Memahami teks/petikan kefahaman
Menjawab soalan
Teknik menjawab soalan kertas 1
Teknik menjawab soalan kertas 2
(Bahagian A , B dan c))
SAYANGI KELUARGA
Bahagia seluruh semesta
bermula dari sebuah keluarga
dari titis susu ibu tersayang
terbinalah sungai kasih yang panjang
Tumbuh dari keringat ayah
kita perah pengorbanannya yang melimpah
air matanya mengalir di darah kita
membina semangat dan cita-cita
Rentaslah seribu lautan
kembaralah di serata benua
tak kan kau temui semurni cinta
semurni cinta keluarga
Bila langkah remajamu ditusuk sembilu
kembara dewasamu diamuk nafsu
kenanglah pesan ibu
ingatlah madah ayah:
Kembalilah ke jalan Allah
KELUARGA
Definisi Keluarga
Keluarga berasal dari bahasa Sansekerta: kula dan warga "kulawarga" yang berarti "anggota" "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu.
Keluarga juga di definisikan sebagai unit terkecil dari masyarakat yang terdiri atas Kepala Keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat dibawah suatu atap dalam keadaan saling kebergantungan (Depkes RI, 1998). Anggota rumah tangga yang saling berhubungan melalui pertalian darah adaptasi atau perkawinan (WHO, 1969).Keluarga adalah sekelompok manusia yang tinggal dalam suatu rumahtangga.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, keluarga bermaksud sesi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri atau berserta anak-anak. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, bahagia bermaksud suasana senang dan aman,aman damai serta gembira.
Dari pengertian di atas dapat diambil kesimpulan bahwa keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat.Terdiri daripada 2 orang atau lebih.Adanya ikatan perkawinan atau pertalian darah. Hidup dalam satu rumah tangga.Di bawah asuhan seseorang ketua rumahtangga. Berinteraksi di antara sesama anggota keluarga. Setiap anggota keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing .
Terang menerangi sesama kita
Membiayai membelanja itulah dijaga
Sayang menyayangi antara kita
Bahagia keluarga itulah berharga
Membiayai membelanja itulah dijaga
Sayang menyayangi antara kita
Bahagia keluarga itulah berharga
Dengan kemelut dirumah kita
Marilah disemak bukan dicela
Jangan kedekut beramah mesra
Pujilah anak dikeesempatan ada
KUPASAN TAJUK PERTAMA KELUARGA BAHAGIA APA ITU BAHAGIA?
|
SIAPAKAH KELUARGA KITA?
Institusi keluarga bolehlah dikategorikan sebagai satu unit manusia yang meliputi ayah, ibu dan beberapa orang anak. Ada juga keluarga yang mempunyai bilangan orang tua yang lebih banyak seperti datuk, nenek, dan pak cik serta mak cik pula.
KEPENTINGAN KELUARGA BAHAGIA
1.Mengelakkan suami isteri daripada bertikam lidah – tidak berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan.
2.Wujud sikap tolak-ansur serta sikap saling menyayangi antara ahli keluarga - sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud sebaik-baik kamu adalah sebaik-baik orang terhadap keluarganya dan aku adalah sebaik-baik orang terhadap keluargaku – kurang tekanan hidup.
3.Dapat melahirkananak-anak yang berjaya dalam hidup
4.Negara lebih harmoni - jenayah semakin berkurangan
5.Negara lebih maju – banyak pelaburan asing.
LANGKAH MEMBINA KELUARGA BAHAGIA
1. PERANAN IBU BAPA
-Memberikan didikan agama & moral yg teguh – Albert Einstein, agama tanpa ilmu adalah butamanakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh– dapat membezakan hak dengan batil
-Memantau pergerakan anak-anak yang baru berusia setahun jagung dan berdarah setampuk pinangMencurahkan kasih sayang yang secukupnya – bagai menatang minyak yang penuh
-Memahami dan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak-anak
-jangan terlalu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan - Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim
2. PERANAN ANAK-ANAK
-menuruti ajaran ibu bapa
-harus belajar bersungguh-sungguh - mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa
-memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang
tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya
-mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit
3. PERANAN AHLI KELUARGA
-mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit
3. PERANAN AHLI KELUARGA
-saling menghormati dan memahami
-bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
-Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai, saling membantu dan bekerjasama bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing .
4. PERANAN SEKOLAH
-Menanamkan nilai kasih sayang dalam proses pembelajaran (rendah, menengah & IPT)
-Melentur buluh biarlah dari rebungnya
-Keegoan masih belum menebal – mudah ditegur dan dididik
-Nilai ini dapat dijadikan budaya hidup – alah bisa tegal biasa
-dapat diaplikasikan ketika melayari kehidupan berkeluarga
5. PERANAN KERAJAAN
-Mengadakan kempen kesedaran besar-besaran dan berterusan tentang pentingnya sebuah keluarga
yang bahagia
-Menyedarkan golongan ibu bapa
-Menganjurkan pelbagai program tentang kebahagiaan rumah tangga atau program yang menjurus
kearah kelahiran keluarga bahagia
-Mantan Perdana Menteri, PAK LAH – merasmikan kempen Keluarga Penyayang Aspirasi Negara
SITUASI DALAM SEBUAH KELUARGA BAHAGIA
CONTOH-CONTOH KARANGAN
"Rumahku, syurgaku".
Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia.
Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.
Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”.
Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.
Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita?
Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya
PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK
“Keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara”. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa keluarga memang memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia kanak-kanak. Remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah social yang telah mencetuskan isu polemik dalam kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir.Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Sudah tentu, sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-lintuk tidak ditiup angin. Pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
Sesebuah keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masing .kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah mengimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian mereka agar anak-anak dapat mendapat didikan yang baik dari segi fizikal dan mental. Ibu bapa sewajarnya tahu bahawa mujtamak yang kaya dalam kebendaan tetapi muflis dari segi keperibadian akan secara tidak langsung memberi impak negative terhadap anak-anak mereka. Oleh itu, keluarga terutamanya ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membentuk keperibadian anak-anak.
Tambahan pula, ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak- anak tentunya dapat mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positif ini dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk sanubari yang baik. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, oleh hal yang demikian mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali dijadikan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring. Sudah terang lagi bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat dibentuk melalui institusi keluarga.
PETUA KELUARGA BAHAGIA
2. Jika seorang bertegas, seorang lagi harus berlembut.Selalunya bapa lebih garang berbanding ibu. Sekali bapa bersuara,anak2 selalunya senang dengar kata.
3. Luangkan masa untuk bermain bersama anak2 dan sertai mereka ketika belajar atau mengulangkaji pelajaran. Bantu mereka jika mereka memerlukan bantuan tentang pembelajaran.
4. Lelaki & wanita yg bakal mendirikan rumah tangga perlu membuat persediaan mental,fizikal & kewangan sebelum membina keluarga. Jangan sampai ada yang menghantar anak ke rumah pengasuh, kemudian tidak mempedulikan anak mereka.
5. Manuasia mempunyai fitrah & naluri sebagai ibubapa iaitu perasaan sayang.Jika tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan keluarga & anak2, tanya org lain yg sudah berkeluarga misalnya keluarga terdekat atau kawan2 untuk meminta pandangan mereka atau berkongsi pengalaman.
6. Pastikan kesihatan anak2 terjaga dan mendapat rawatan sewajarnya jika keadaan memerlukan.
7. Setiap keluarga mesti memahami bahawa anak2 adalah amanah Tuhan. Kita perlu menjaganya dgn rasa tanggungjawab, mendidik, mengasuh dan membentuk mereka menjadi manusia yg berguna.
8. Kita kena kreatif dan mewujudkan keluarga yg harmoni, jika tidak ianya akan memberi kesan kpd anak2.
9. Suami isteri harus ada persefahaman. Ibubapa perlu bersikap positif dan yakin sebagai sebuah keluarga.Tahu tanggungjawab bagaimana untuk mendidik dan menjaga anak-anak.
0 comments:
Post a Comment