keluarga bahagia

Thursday, 6 December 2012

Monday, 5 November 2012

Sekapur sirih

Monday, 12 December 2011

                                                                 
                                         SEKAPUR SIRIH

Mungkin ada orang menyuarakan soalan mengapa keluarga bahagia penting.Ini disebabkan secara sedar atau tidak setiap orang mempunyai jawapan tersendiri.Keluarga bahagia yg menjadi impian setiap orang adalah merupakan tapak pertama dan utama kearah membentuk sahsiah anak -anak dan ahli keluarga yg lainnya. Rumah tangga yg bahagia adalah menjadi tapak semaian yang paling subur dan enak segar. Buah-buah ini akan menjadi ranum yg sentiasa sedia untuk dihidang kan dan dijamukan. Perkara yg sama juga berlaku kepada institusi keluarga. Keluarga bahagia yg sentiasa dihiasai dengan suasana perkitaran dan kemesraan akan memantapkan kesuburan jasad, akal dan roh anak -anak yang semakin membesar. Suasana kasih sayang yg diwujudkan dengan sendirinya akan menjadi alat rangsangan yang akan merangsang  pertumbuhan anak-anak. .
                Suasana kebahagiaan yg terpancar melalui cara kehidupan yang bersendikan kepada gagasan kesalingan saling memahami,saling membantu,saling menghormati,saling mengiktiraf,saling memerlukan dan sebagainya, akan menjadi bahan penyatu yang ampuh.Kehadiran faktor-faktor ini sudah semestinya menjadikan pasangan suami isteri terus hidup dlm suasana penuh harapan, berkeyakinan tinggi dan sentiasa terangsang. Seperti yg pernah disebutkan keadaan kehidupan keluarga yg sentiasa dihiasi dgn bunga-bunga kemesraan dan kasih sayang bukan sahaja akan mengikat ahli keluarga dgn ikatan yg padu malah akan dapat menjamin terbentuknya rumah tangga yang aman damai dibelai dengan belaian kasih dan sayang.(RUJUK VIDEO BAR DISEBELAH- MENGENAI KELUARGA BAHAGIA OLEH USTAZ HJ.FADZILAH)

                                                         

Pengajaran Mikro

Friday, 18 November 2011

PENGENALAN TAJUK

Thursday, 10 November 2011



Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).

Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).

Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).

Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).
Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.

Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.

Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.

Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.

Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.

Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

                                                     

  

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
                         
                                  PENDAHULUAN


Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidik1996,Bahasa Melayu  ialah sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah.Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyatdi Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat,juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.

         Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat  rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan.Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan  bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata-mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

        

                                                                       
                                                       
                            Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

                               Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
 demokratik, progresif, dan berdisiplin.



TEMA :KELUARGA KU SAYANG



                          Keluarga ku  Sayang 

Segalanya bermula dari sebuah keluarga
Didikan yang baik, akhlak yang mulia, peribadi yang unggul,
semuanya bermula di dalam sebuah keluarga.


iaitu
keluarga ku bahagia

                                                  

    
DALAM TEMA “KELUARGAKU SAYANG” SAYA INGIN MENGUPAS BEBERAPA 

TAJUK PENTING YANG BOLEH MEMBANTU ANDA SEMUA MEMAHAMI TAJUK YANG

AKAN DIBINCANGKAN. ANTARANYA TERMASUKLAH,



Contoh-contoh karangan

Sistem Bahasa

Memahami teks/petikan kefahaman

Menjawab soalan

Teknik menjawab soalan kertas 1

Teknik menjawab soalan kertas 2
(Bahagian A , B dan c))




SAYANGI KELUARGA

Bahagia seluruh semesta
bermula dari sebuah keluarga
dari titis susu ibu tersayang
terbinalah sungai kasih yang panjang

Tumbuh dari keringat ayah
kita perah pengorbanannya yang melimpah
air matanya mengalir di darah kita
membina semangat dan cita-cita
Rentaslah seribu lautan
kembaralah di serata benua
tak kan kau temui semurni cinta
semurni cinta keluarga

Bila langkah remajamu ditusuk sembilu
kembara dewasamu diamuk nafsu
kenanglah pesan ibu
ingatlah madah ayah:
Kembalilah ke jalan Allah

KELUARGA

                                
Definisi Keluarga

               Keluarga berasal dari bahasa Sansekerta: kula dan warga "kulawarga" yang berarti "anggota" "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu.

        Keluarga juga di definisikan sebagai unit terkecil dari masyarakat yang terdiri atas Kepala Keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat dibawah suatu atap dalam keadaan saling  kebergantungan (Depkes RI, 1998). Anggota rumah tangga yang saling berhubungan melalui pertalian darah adaptasi atau perkawinan (WHO, 1969).Keluarga adalah sekelompok manusia yang tinggal dalam suatu rumahtangga.

           Menurut Kamus Dewan edisi keempat, keluarga bermaksud sesi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri atau berserta anak-anak. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, bahagia bermaksud suasana senang dan aman,aman damai serta gembira.

       Dari pengertian di atas dapat diambil kesimpulan bahwa keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat.Terdiri daripada 2 orang atau lebih.Adanya ikatan perkawinan atau pertalian darah. Hidup dalam satu rumah tangga.Di bawah asuhan seseorang ketua rumahtangga. Berinteraksi di antara sesama anggota keluarga. Setiap anggota keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing .



                           Terang menerangi sesama kita
                           Membiayai membelanja itulah dijaga
                           Sayang menyayangi antara kita
                           Bahagia keluarga itulah berharga

                           Dengan kemelut dirumah kita
                           Marilah disemak bukan dicela
                           Jangan kedekut beramah mesra
                           Pujilah anak dikeesempatan ada




         KUPASAN TAJUK PERTAMA

                                                       
                              KELUARGA BAHAGIA

                      APA ITU BAHAGIA?


Istilah "bahagia" itu adalah suatu perkara yang unik dan terlalu seni untuk didefinisikan secara tepat, apatah lagi jika ia ditakrifkan oleh bermacam orang yang sudah tentu bermacam-macam pula ragamnya. Hanya dengan menggunakan kaca mata Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sahaja definisi bahagia itu dapat dirungkaikan dalam bentuk amalan, sekalipun ianya tidak berjaya diungkaikan oleh lidah yang tidak bertulang berupa sesuatu lafaz atau ucapan kata-kata. Bahkan kalau dikira, definisi yang dirungkaikan dalam bentuk praktik itulah yang lebih tepat dari definisi yang berjaya diungkaikan dan diungkapkan melalui kata-kata atau ucapan.

       Sebagai contoh: Orang miskin akan mentakrifkan kebahagiaan itu berdasarkan kekurungan yang ada pada dirinya yang ia terlalu ingin untuk milikinya dari segi harta benda dan kemewahan,sedangkan orang kaya yang sudahpun bermewah-mewah dalam kehidupan, kadang-kadang melihat bahawa kehidupan simiskin lebih bahagia berbanding dirinya.

       Jadi, apakah yang mereka ingin nyatakan tentang takrif kebahagiaan itu sebenarnya? Ini bermakna rasa bersyukur dengan kemewahan dan reda dengan kemiskinan sahaja, masih belum cukup untuk mentafsirkan makna kebahagiaan. Pendek kata kebahagiaan itu bukanlah apa yang dinilai oleh nafsu yang suka kepada kehidupan serba mewah, bukan juga oleh jasmani kita yang kadang-kala tertipu oleh kebuasan nafsu lalu hidup merana dan menderita, bahkan bukan juga terletak kepada kepintaran akal yang memikirkan akan betapa patutnya menggapai cabang-cabang kebahagiaan yang dianggapnya sebagai tempat yang paling patut untuk berpaut. Sekaligus bukan pula takrif yang didendangkan oleh hati yang kadang-kadang berlaku seperti pepatah Melayu : "Ikut hati mati, ikut rasa binasa".

                                                   
                                       SIAPAKAH KELUARGA KITA?


Institusi keluarga bolehlah dikategorikan sebagai satu unit manusia yang meliputi ayah, ibu dan beberapa orang anak. Ada juga keluarga yang mempunyai bilangan orang tua yang lebih banyak seperti datuk, nenek, dan pak cik serta mak cik pula.


KEPENTINGAN KELUARGA BAHAGIA

1.Mengelakkan suami isteri daripada bertikam lidah – tidak berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan.
2.Wujud sikap tolak-ansur serta sikap saling menyayangi antara ahli keluarga - sabda Rasulullah 
S.A.W. yang bermaksud sebaik-baik kamu adalah sebaik-baik orang terhadap keluarganya dan aku adalah sebaik-baik orang terhadap keluargaku – kurang tekanan hidup.  
3.Dapat melahirkananak-anak yang berjaya dalam hidup
4.Negara lebih harmoni - jenayah semakin berkurangan
5.Negara lebih maju – banyak pelaburan asing.

LANGKAH MEMBINA KELUARGA BAHAGIA


1. PERANAN IBU BAPA

-Memberikan didikan agama & moral yg teguh – Albert Einstein, agama tanpa ilmu adalah butamanakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh– dapat membezakan hak dengan batil
-Memantau pergerakan anak-anak yang baru berusia setahun jagung dan berdarah setampuk pinangMencurahkan kasih sayang yang secukupnya – bagai menatang minyak yang penuh
-Memahami dan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak-anak 

-jangan terlalu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan - Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan  anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim

2. PERANAN ANAK-ANAK 

-menuruti ajaran ibu bapa
-harus belajar bersungguh-sungguh - mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa
-memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang 
  tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya
-mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit

 

3. PERANAN AHLI KELUARGA

-saling menghormati dan memahami
-bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
-Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai, saling membantu dan bekerjasama bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing .

 

4. PERANAN SEKOLAH

-Menanamkan nilai kasih sayang dalam proses pembelajaran (rendah, menengah & IPT)
-Melentur buluh biarlah dari rebungnya
-Keegoan masih belum menebal – mudah ditegur dan dididik
-Nilai ini dapat dijadikan budaya hidup – alah bisa tegal biasa
-dapat diaplikasikan ketika melayari kehidupan berkeluarga

5. PERANAN KERAJAAN

-Mengadakan kempen kesedaran besar-besaran dan berterusan tentang pentingnya sebuah keluarga 
  yang bahagia
-Menyedarkan golongan ibu bapa
-Menganjurkan pelbagai program tentang kebahagiaan rumah tangga atau program yang menjurus 

  kearah kelahiran keluarga bahagia
-Mantan Perdana Menteri, PAK LAH – merasmikan kempen Keluarga Penyayang Aspirasi Negara


                                                 SITUASI  DALAM  SEBUAH  KELUARGA  BAHAGIA                     
           
     CONTOH-CONTOH KARANGAN 
                           
                "Rumahku, syurgaku".

        
Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia.

          Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.

      Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”.

       Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.

         Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita?

       Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

     Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya


               


              PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK


“Keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara”. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa keluarga memang memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia kanak-kanak. Remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah social yang telah mencetuskan isu polemik dalam kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir.Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Sudah tentu, sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-lintuk tidak ditiup angin. Pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.

Sesebuah keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masing .kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah mengimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian mereka agar anak-anak dapat mendapat didikan yang baik dari segi fizikal dan mental. Ibu bapa sewajarnya tahu bahawa mujtamak yang kaya dalam kebendaan tetapi muflis dari segi keperibadian akan secara tidak langsung memberi impak negative terhadap anak-anak mereka. Oleh itu, keluarga terutamanya ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membentuk keperibadian anak-anak.

        Tambahan pula, ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak- anak tentunya dapat mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positif ini dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk sanubari yang baik. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, oleh hal yang demikian mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali dijadikan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring. Sudah terang lagi bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat dibentuk melalui institusi keluarga.

                        PETUA KELUARGA BAHAGIA

1.Mendidik anak perlukan pelaburan,duit,emosi,masa dsbnya.Didikan agama & kasih sayang perlu seimbang. Ibubapa perlu memantau anak-anak, didik mereka dgn lembut tetapi tegas.

2. Jika seorang bertegas, seorang lagi harus berlembut.Selalunya bapa lebih garang berbanding ibu. Sekali bapa bersuara,anak2 selalunya senang dengar kata.

3. Luangkan masa untuk bermain bersama anak2 dan sertai mereka ketika belajar atau mengulangkaji pelajaran. Bantu mereka jika mereka memerlukan bantuan tentang pembelajaran.

4. Lelaki & wanita yg bakal mendirikan rumah tangga perlu membuat persediaan mental,fizikal & kewangan sebelum membina keluarga. Jangan sampai ada yang menghantar anak ke rumah pengasuh, kemudian tidak mempedulikan anak mereka.

5. Manuasia mempunyai fitrah & naluri sebagai ibubapa iaitu perasaan sayang.Jika tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan keluarga & anak2, tanya org lain yg sudah berkeluarga misalnya keluarga terdekat atau kawan2 untuk meminta pandangan mereka atau berkongsi pengalaman.

6. Pastikan kesihatan anak2 terjaga dan mendapat rawatan sewajarnya jika keadaan memerlukan.

7. Setiap keluarga mesti memahami bahawa anak2 adalah amanah Tuhan. Kita perlu menjaganya dgn rasa tanggungjawab, mendidik, mengasuh dan membentuk mereka menjadi manusia yg berguna.

8. Kita kena kreatif dan mewujudkan keluarga yg harmoni, jika tidak ianya akan memberi kesan kpd anak2.

9. Suami isteri harus ada persefahaman. Ibubapa perlu bersikap positif dan yakin sebagai sebuah keluarga.Tahu tanggungjawab bagaimana untuk mendidik dan menjaga anak-anak.

  


Doa untuk orang tua

Friday, 4 November 2011

Calender

Jam

Anime

Water Fall