RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN -TAJUK KELUARGA

Tuesday 11 October 2011


      Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menulis dan berkongsi idea dengan kawan-kawan mengenai tugasan blog P&P kita.Tajuk Pembangunan Blog yang saya hasilkan berkisar tentang keluarga.Keluarga merupakan orang yang penting dalam hidup kita.Di dalam topik keluarga, saya ingin mengupas mengenai beberapa tajuk sebagai memenuhi sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat dalam unit satu.Topik yang akan kita bincangkan termasuklah,Keluarga Bahagia,Hargai Pengorbanan Ibu Bapa,Ibu,Membantu amalan terpuji dan tajuk-tajuk yang sesuai dengan tajuk yang dibincangkan.Saya berharap tajuk ini dapat membantu anda semua mendapat sedikit info berguna sebagai tatapan atau renungan dalam kehidupan harian.Sekian terima kasih.


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TAJUK  :  KELUARGA


Mata pelajaran          :             Bahasa Melayu
Kelas                         :             Tahun  4 Cemerlang
Tarikh                        :             23 Oktober 2011 ( Rabu  )
Masa                         :             12.15 – 12-45. ( 30 minit )
Bilangan murid          :             40 orang
Bidang pelajaran       :             Keluagra ku Sayang
Sub Topik                   :            Hargai Pengorbanan Ibu Bapa
Objektif/kemahiran     :           Fokus Utama  :5.1 Aras 1 (ii)
                                                Fokus sampingan 6.1 Aras 1(i)

Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat

 A: Menguasai isi kandungan pelajaran

     1. Murid dapat membaca kuat petikan yang diberi dengan nada dan intonasi yang  betul.            
     2. Menganalisa maksud/makna perkataan berdasarkan kamus.

B: Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

   1.Menjana hipotesis di antara makna perkataan yang dicari dengan ayat yang hendak    
      dibina.                  
   2.Merancang bacaan teks mengikut jeda,nada dan intonasi yang sesuai berdasarkan teks.

C: Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

  1.  Mewujudkan semangat kerjasama semasa mencari makna perkataan dalam kumpulan.
  2.  Penglibatan murid yang aktif semasa percambahan idea dalam kumpulan.Guru
       bertindak sebagai fasilitator.

Konsep/prinsip/hukum/teori  : Hargai pengorbanan ibu bapa

-Menghormati
-Mendengar nasihat
-Belajar bersungguh-sunggu
-Menolong
-Balas jasa

Bahan, peralatan dan bahan sumber
Gambar tunggal
Petikan teks
kad perkataan
 lembaran kerja
petikan sajak

Pengetahuan sedia ada:

Murid mempunyai sekurang-kurangnya sebuah keluarga asas.Murid juga dapat menerangkan kepentingan keluarga dalam kehidupan mereka.

Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

   Set induksi
(5 minit )
-Merangsang minat murid terhadap pelajaran.
-Guru menunjukkan gambar tunggal sebuah keluarga.
-Guru bertanya soalan kepada murid-murid berkaitan menghargai pengorbanan /jasa ibubapa.
1) Gambar siapakah yang cikgu tunjukkan ini?
2.Siapakah yang masih ada ibu dan ayah?
3.Kenapa kita perlu hormati ibu dan ayah?

-Guru bersoaljawab dengan murid mengenai gambar tunggal.
-Guru bertanya murid siapakah yang terlibat dalam gambar.
-Guru mengaitkan gambar tunggal dengan tajuk pelajaran iaitu ‘Hargai Pengorbanan Ibu Bapa.-
                                                       
-Murid memberi perhatian terhadap apa yang diperkatakan guru.
-Murid menjawab soalan-soalan yang dikemukan guru berdasarkan gambar tunggal.
-Murid member sebab-sebab kita perlu menghormati ibu bapa.
Alat:Gambar tunggal.
Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas menggunakan gambar tunggal

Langkah 1
 ( 07 minit)
-Tajuk teks
“Jasa Ayah”
( di lampiran)
-Guru meminta beberapa orang murid membaca teks dengan gaya,nada dan intonasi yang sesuai.

-Guru membaca teks  
  tersebut.
-Bersoal jawab dengan murid mengenai isi teks
-Guru menguji pengetahuan sedia ada murid mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa.
-Guru meminta murid.menyenarai perkataan berwarna yang terdapat dalam petikan teks.
-Beberapa orang murid diminta membaca teks “Jasa Ayah secara bergilir-gilir dengan sebutan dan intonasi yang betul.Murid-murid lain membaca petikan teks dengan teliti. 
-Murid menjawab soalan yang ditanya.
-Murid membaca perkataan yang disenaraikan.
Alat:
-Buku Teks Tahun 4.
-Petikan teks “Jasa Ayah”

KBKK:
Menganalisis.
Nilai :Beri perhatian.


Langkah 2
(07 min)

Pembentukan kumpulan.
-Latihan membina ayat dan mencari makna perkataan.  

-Guru meminta murid-murid membentuk lima kumpulan.
-Guru menunjukkan 8 kad perkataan  dan meminta murid mencari makna perkataan dan membina ayat lengkap.
-Guru meminta setiap kumpulan berbincang untuk mencari sekurang-kurangnya 3 makna perkataan yang sama untuk setiap perkataan dengan merujuk kamus.
-Guru juga meminta murid membina ayat berdasarkan perkataan yang diberi.
- Guru meminta wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

-Murid-murid berada dalam kumpulan masing-masing.
-Murid mencari makna perkataan dengan merujuk kamus.
-Murid juga berbincang untuk membina ayat yang lengkap berdasarkan perkataan yang diberi.
-Ketua kumpulan membentang hasil perbincangan dihadapan kelas.
Strategi:
Perbincangan kumpulan diikuti persembahan
Sumber pengajaran: teknik peta minda
Nilai : Berani,kerjasama.




ABM;
Manila kad,marker pen,kad perkataan.





Langkah 3

( 07 minit)





-Aktiviti pengukuhan dalam kumpulan dan menjawab soalan

-Guru menyemak
  jawapan yang  
 dibentangkan oleh murid daripada setiap kumpulan.
-Jawapan yang salah diperbetulkan oleh guru.
-Guru memberi tepukan dan penghargaan kepada setiap kumpulan murid yang membentangkan jawapan mereka.
-Guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid.
-Murid diminta menjawab soalan dalam

-Murid memberi  tumpuan terhadap jawapan yang disemak oleh guru.


-Murid memberi tepukan kepada wakil kumpulan yang membentangkan jawapan mereka.


-Murid menjawab soalan di dalam lembaran kerja



Nilai : -
-kerjasama
-Tekun
-











                       







lembaran kerja.
-Guru membimbing murid menjawab soalan dengan betul.

-Murid bertanya guru soalan yang mereka tidak faham.
ABM:
-Lembaran kerja.




Refleksi/
Penutup
(4 min)

Merumuskan mengenai isi pelajaran pada hari tersebut.

Guru mendeklamasi
sajak ‘Jasa Ayah”dan meminta murid menyenaraikan nilai-nilai Murni
-Guru menerapkan nilai
Murni

Murid mendeklamasi sajak ‘Jasa Ayah”dan membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.

Strategi:
Perbincangan secara kelas.

Sumber pengajaran: petikan sajak







0 comments:

Calender

Jam

Anime

Water Fall