CONTOH KARANGAN TENTANG KELUARGA

Tuesday, 11 October 2011

                              
                       PENGENALAN

ANGGOTA  KELUARGA  MERUPAKAN  ORANG  YANG  PALING  PENTING  DALAM HIDUP KITA.SESEBUAH  KELUARGA  BIASANYA  TERDIRI  DARIPADA  BAPA,IBU DAN ANAK-ANAK.KELUARGA  INI  DINAMAKAN  KELUARGA  ASAS.SELAIN KELUARGA  ASAS,TERDAPAT  JUGA  ANGGOTA  KELUARGA  KEMBANGAN  YANG  TERDIRI  DARIPADA  DATUK,NENEK,BAPA  SAUDARA,SEPUU,DAN  ANGGOTA  KELUARGA  LAIN.

          KITA  SEHARUSYA  MEMAHAMI ANGGOTA  KELUARGA  SENDIRI.KITA  SEPATUTNYA MENGETAHUI  MAKANAN,MINUMAN,PAKAIAN,WARNA  KEGEMARAN  DAN HOBI  MEREKA.SELAIN  ITU,KITA  JUGA  SEPATUTNYA  MENGETAUI  PERLAKUAN  YANG  DISENANGI  DAN  TIDAK  DISENANGI  OLEH ANGGOTA  KELUARGA .HUBUNGAN  KEKELUARGAAN  AKAN  LEBIH  KUKUH  DAN  MESRA  APABILA  ANGGOTA  KELUARGA  SALING  MEMAHAMI  ANTARA  SATU  SAMA  LAIN.PERSEFAHAMAN  YANG  TERJALIN  INI  JUGA  DAPAT  MENGELAKKAN  KITA  DARIPADA  MENYAKITI  HATI  DAN MENYINGGUNG  PERASAAN  ANGGOTA KELUARGA.  

                 SEBAGAI  ANGGOTA  KELUARGA,KITA JUGA  MESTI MENYAYANGI  ANTARA  SATU  SAMA  LAIN.KITA  BOLEH  MENUNJUKKAN  KASIH  SAYANG  DENGAN  BERKONGSI  MASA  SUKA  DAN DUKA  BERSAMA  ANGGOTA KELUARGA.KITA  MESTI  MENGHORMATI  ANGGOTA  KELUARGA  TERUTAMA  YANG LEBIH  TUA  SEPERTI  DATUK,NENEK,AYAH,IBU,ABANG, DAN KAKAK.PERTUTURAN  DAN TINGKAH LAKU  KITAJUGA  MESTILAH  SENTIASA  BERSOPAN  SEMASA  BERINTERAKSI  DENGAN  ANGGOTA  KELUARGA.KITA  JUGA  MESTI  AKUR   DAN  PATUH  DENGAN  NASIHAT  DAN  LARANGAN  KELUARGA.KITA  SEWAJARNYA  BERSYUKUR  KEPADA  TUHAN  KERANA  DIANUGERAHI  SEBUAH  KELUARGA.


                                CONTOH KARANGAN MURID.

                                            KELUARGA SAYA


        Nama saya Nur Aqilah binti Zulkefli.Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.Keluarga saya terdiri daripada datuk,nenek,ayah,ibu,dan tiga lagi adik.Saya merupakan anak sulung dalam keluarga.
             Nama ayah saya ialah Zulkefli bin Mamat.Ayah saya dilahirkan pada 02 Ogos 1966.Ayah saya berumur 45 tahun.Ayah saya bekerja sebagai peniaga.Ayah saya seorang yang penyayang.Ayah mempunyai 11 orang adik beradik.Beliau merupakan anak yang ke empat.
             Nama ibu saya ialah Rohana binti Ismail.Ibu saya berumur 42 tahun dan dilahirkan tanggal 7 Julai 1969. Ibu saya bekerja sebagai seorang guru.Ibu saya seorang yang tegas dan penyayang.Beliau sentiasa menasihati saya belajar bersungguh-sungguh supaya dapat berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.Ibu saya juga mempunyai 11 orang adik beradik dan merupakan anak yang ke dua dalam keluarga.
           Saya juga mempunyai seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan.Nama adik lelaki saya ialah Muhammad Ammar bin Zulkefli.Adik saya berumur 9 tahun dan belajar dalam tahun 5 .Adik saya dilahirkan pada 28 februari 2000.Beliau seorang yang aktif dalam bidang sukan terutama bola sepak.Beliau sentiasa mewakali sekolah dalam pertandingan bola  dan bercita-cita menjadi pemain bola sepak dunia suatu hari nanti. 
         Nama adik perempuan saya yang pertama ialah Nur Aisyah Mardiah binti Zulkefli.Adik saya berumur 10 tahun.Adik saya belajar dalam tahun empat.Adik saya seorang yang peramah dan amat rajin.Nama adik perempuan saya yang bongsu ialah Nurul Nadhirah binti Zulkefli.Adik saya sangat cantik dan pintar.Adik saya berumur 6 tahun.Adik saya belajar di kelas pra sekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak.
             Saya juga mempunyai datuk dan nenek yang penyayang.Nama datuk di sebelah ayah saya ialah Mamat bin Mahmood.Datuk saya berumur 67 tahun.Manakala nama nenek saya ialah Dayang bin Muda.Nenek saya berumur 64 tahun.
         Nama datuk sebelah ibu saya ialah Ismail bin Omar.Datuk saya sudah meninggal dunia hampir setahun yang lalu.Saya juga mempunyai nenek bernama Minah binti Mat Salleh.Nenek saya berumur 62 tahun.

                                 
                               KISAH KELUARGA SAYA

            Di samping ayah,ibu dan adik-adik yang disayangi, saya juga mempunyai datuk dan nenek yang penyayang.Mereka sering mengambil berat pada kami sekeluarga.Ayah saya berasal dari Terengganu,manakala ibu saya dilahirkan di Kelantan.
          Datuk dan nenek sebelah ayah saya tinggal di Terengganu.Mereka sangat baik.Beliau sudah bersara.Kini datuk dan nenek menjadi guru al-Quran kepada anak-anak Kampung.Saya amat berbangga kepada mereka berdua.Walaupun sudah semakin uzur,mereka tetap ingin membantu anak-anak kampung mengaji quran.Mereka juga amat disegani di Kampungnya.
     Saya juga mempunyai seorang nenek sebelah ibu saya.Datuk saya sudah meninggal dunia.Walaubagaimanapun saya masih ingat lagi yang datuk saya sangat baik,lemah lembut dan penyayang.Kami suka bergurau kerana datuk seorang yang kelakar.Nenek saya juga seorang yang baik,rajin dan amat menyayangi kami semua.Kami tinggal berhampiran dengan rumah nenek.Neneklah yang mengajar kami mengaji al Quran.Kami sangat menghormati dan menyayang nenek.Sesungguhnya saya amat bangga mempunyai keluarga yang bahagia.Segala masalah yang kami hadapi,kami selesaikan secara bersama.
           Saya dilahirkan dihospital Besar Kuala Terangganu,Terengganu.Saya kini belajar di Sekolah Maahad Amir InderaPetra,Beris Kubur Besar.Dalam peperiksaan Upsr Tahun Lepas saya mendapat keputusan 4A 1B.Saya amat bangga kepada keluarga saya kerana mereka sentiasa memberi galakan kepada saya supaya berjaya dalam pelajaran.
     Dalam keluarga saya,mereka sering mengutamakan pelajaran,ini adalah kerana ibu saya seorang pendidik(guru) yang amat tegas.Ibu saya amat menitikberatkan pelajaran kepada kami sekeluarga.Dalam keluarga ibu,ibu adalah tokoh guru yang berkelibar dan sering dijadikan panduan .Saya bangga mempunyai ibu yang penyayang dan mementingkan pendidikan untuk anak-anak.Bagi saya ibu adalah ibu,guru dan kawan tempat kami bergantung dan mencurah kasih sayang.
                                               
                                         IBU SAYA

          Tokoh yang paling saya hormati dalam keluarga saya adalah ibu saya sendiri iaitu Puan Rohana bt Ismail.Ibu saya berumur 42 tahun dan dilahirkan di Kampung Pantai Senak,Tawang Bachok Kelantan.Ibu saya bekerja sebagai seorang guru.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak.Seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Raja Sakti sehingga ke tingkatan Lima.

           Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM,ibu melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Kubang Kerian,Kota Bharu Kelantan.Selepas itu ,beliau melanjutkan pelajaran ke Institut Kemahiran Mara dalam bidang Elektronik.Selepas itu ditawarkan ke Maktab Perguruan Perempuan Melaka.Pada tahun 1995,beliau memulakan tugas pertamanya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntung,Kuala Terengganu.Bertemu jodoh dengan Zulkefli Bin Mamat dan memperolehi empat orang cahaya mata iaitu Nur Aqila h,Muhammad Ammar ,Nur Aisyah Mardiah dan Nurul Nadhirah bt.Zulkefli.
     Minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan menyebabkan beliau menyambung pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Ideris Tanjung Malim,Perak untuk mendapatkan Ijazah Dalam pengkhususan Bahasa Melayu.Beliau seorang yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan merupakan seorang tokoh guru yang dihormati.Saya amat bangga mempunyai ibu seperti beliau.

                         CARA KITA MENGHARGAI JASA IBU BAPA

           Dalam kehidupan,anggota keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan kita.Mereka banyak berjasa dan sanggup berkorban untuk kita .Kita sepatutnya menghargai jasa dan pengorbanan mereka.Kita boleh menghargai jasa dan pengorbanan mereka dengan menulis kata-kata untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan terhadap mereka.Contoh kata-kata penghargaan terhadap anggota keluarga ialah:

                              Ayah,ibu, jasa kalian amat 
                 Ku hargai.Kami sayang kamu

Tanda kita mengingati peristiwa bersejarah dalam keluarga kita juga menandakan kita mengambil berat tentang keluarga kita.Mengingati hari jadi ibu bapa,adik-adik,datuk nenek atau saudara terdekat kita amat penting untuk mengiratkan tali silaturahim antara ahli keluarga Cara kita mengingati hari jadi,hari ibu atau bapa boleh kita lahirkan dengan memberi hadiah atau menulis kad ucapan.
                                  
                                    Buat Ibuku sayang,
                          Ibu,kaulah satu dalam seribu
                          Menjadi penghibur hatiku 
                          Ibu,makan minumkumkau sediakan
                          Pakaianku kau jaga dan sentiasa
                          Membelaiku dengan manja
                          Mengulit tidurku agar lena
                          Ibu,tanpamu disisiku,siapakah aku?
                          bu,kasihku padamu kekal abadi
                             Hingga akhir hayatku…..


        Sebagai kesimpulannya kita hendaklah mengasihi keluarga kita kerana tanpa mereka siapalah kita.Keluarga merupakan orang yang penting dalam hidup kita.Kita perlu sayang menyayangi antara satu sama lain.Kita boleh menunjukkan kasih sayang dengan berkongsi masa suka dan duka bersama anggota keluarga.Sejarah diri dan keluarga amat penting kita pelajari untuk menjadikan kita seorang yang matang dan kenal siapa diri kita dan keluarga.

SAJAK BUAT AYAH
              Ayah….
Dirimu ibarat sang awan
Yang memayungi kehidupan kami
Yang senantiasa memerlukan dirimu
Saat sang suria memanaskan sinarnya
             Ayah…..
Tidak akan hilang di benak kami
Tidak akan pudar dari pandangan kami
Betapa mulia hatimu
Betapa besar jiwamu
Menepis ranjau dan duri itu
Untuk mencari sesuap nasi buat kami
              Ayah…….
Kesabaran juga tetap terbatas
Meski diuji dan dicabar
Oleh karenah kami
Yang adakalanya nakal
Yang adakalanya tidak mahu mendengar katamu
                  Ayah……
Pengorbanan mu tetap abadi dijiwa kami…….
Terimakasih ayah…..semoga  Allah memberkati umur dan amalanmu.





RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN -TAJUK KELUARGA


      Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menulis dan berkongsi idea dengan kawan-kawan mengenai tugasan blog P&P kita.Tajuk Pembangunan Blog yang saya hasilkan berkisar tentang keluarga.Keluarga merupakan orang yang penting dalam hidup kita.Di dalam topik keluarga, saya ingin mengupas mengenai beberapa tajuk sebagai memenuhi sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat dalam unit satu.Topik yang akan kita bincangkan termasuklah,Keluarga Bahagia,Hargai Pengorbanan Ibu Bapa,Ibu,Membantu amalan terpuji dan tajuk-tajuk yang sesuai dengan tajuk yang dibincangkan.Saya berharap tajuk ini dapat membantu anda semua mendapat sedikit info berguna sebagai tatapan atau renungan dalam kehidupan harian.Sekian terima kasih.


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TAJUK  :  KELUARGA


Mata pelajaran          :             Bahasa Melayu
Kelas                         :             Tahun  4 Cemerlang
Tarikh                        :             23 Oktober 2011 ( Rabu  )
Masa                         :             12.15 – 12-45. ( 30 minit )
Bilangan murid          :             40 orang
Bidang pelajaran       :             Keluagra ku Sayang
Sub Topik                   :            Hargai Pengorbanan Ibu Bapa
Objektif/kemahiran     :           Fokus Utama  :5.1 Aras 1 (ii)
                                                Fokus sampingan 6.1 Aras 1(i)

Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat

 A: Menguasai isi kandungan pelajaran

     1. Murid dapat membaca kuat petikan yang diberi dengan nada dan intonasi yang  betul.            
     2. Menganalisa maksud/makna perkataan berdasarkan kamus.

B: Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

   1.Menjana hipotesis di antara makna perkataan yang dicari dengan ayat yang hendak    
      dibina.                  
   2.Merancang bacaan teks mengikut jeda,nada dan intonasi yang sesuai berdasarkan teks.

C: Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

  1.  Mewujudkan semangat kerjasama semasa mencari makna perkataan dalam kumpulan.
  2.  Penglibatan murid yang aktif semasa percambahan idea dalam kumpulan.Guru
       bertindak sebagai fasilitator.

Konsep/prinsip/hukum/teori  : Hargai pengorbanan ibu bapa

-Menghormati
-Mendengar nasihat
-Belajar bersungguh-sunggu
-Menolong
-Balas jasa

Bahan, peralatan dan bahan sumber
Gambar tunggal
Petikan teks
kad perkataan
 lembaran kerja
petikan sajak

Pengetahuan sedia ada:

Murid mempunyai sekurang-kurangnya sebuah keluarga asas.Murid juga dapat menerangkan kepentingan keluarga dalam kehidupan mereka.

Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

   Set induksi
(5 minit )
-Merangsang minat murid terhadap pelajaran.
-Guru menunjukkan gambar tunggal sebuah keluarga.
-Guru bertanya soalan kepada murid-murid berkaitan menghargai pengorbanan /jasa ibubapa.
1) Gambar siapakah yang cikgu tunjukkan ini?
2.Siapakah yang masih ada ibu dan ayah?
3.Kenapa kita perlu hormati ibu dan ayah?

-Guru bersoaljawab dengan murid mengenai gambar tunggal.
-Guru bertanya murid siapakah yang terlibat dalam gambar.
-Guru mengaitkan gambar tunggal dengan tajuk pelajaran iaitu ‘Hargai Pengorbanan Ibu Bapa.-
                                                       
-Murid memberi perhatian terhadap apa yang diperkatakan guru.
-Murid menjawab soalan-soalan yang dikemukan guru berdasarkan gambar tunggal.
-Murid member sebab-sebab kita perlu menghormati ibu bapa.
Alat:Gambar tunggal.
Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas menggunakan gambar tunggal

Langkah 1
 ( 07 minit)
-Tajuk teks
“Jasa Ayah”
( di lampiran)
-Guru meminta beberapa orang murid membaca teks dengan gaya,nada dan intonasi yang sesuai.

-Guru membaca teks  
  tersebut.
-Bersoal jawab dengan murid mengenai isi teks
-Guru menguji pengetahuan sedia ada murid mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa.
-Guru meminta murid.menyenarai perkataan berwarna yang terdapat dalam petikan teks.
-Beberapa orang murid diminta membaca teks “Jasa Ayah secara bergilir-gilir dengan sebutan dan intonasi yang betul.Murid-murid lain membaca petikan teks dengan teliti. 
-Murid menjawab soalan yang ditanya.
-Murid membaca perkataan yang disenaraikan.
Alat:
-Buku Teks Tahun 4.
-Petikan teks “Jasa Ayah”

KBKK:
Menganalisis.
Nilai :Beri perhatian.


Langkah 2
(07 min)

Pembentukan kumpulan.
-Latihan membina ayat dan mencari makna perkataan.  

-Guru meminta murid-murid membentuk lima kumpulan.
-Guru menunjukkan 8 kad perkataan  dan meminta murid mencari makna perkataan dan membina ayat lengkap.
-Guru meminta setiap kumpulan berbincang untuk mencari sekurang-kurangnya 3 makna perkataan yang sama untuk setiap perkataan dengan merujuk kamus.
-Guru juga meminta murid membina ayat berdasarkan perkataan yang diberi.
- Guru meminta wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

-Murid-murid berada dalam kumpulan masing-masing.
-Murid mencari makna perkataan dengan merujuk kamus.
-Murid juga berbincang untuk membina ayat yang lengkap berdasarkan perkataan yang diberi.
-Ketua kumpulan membentang hasil perbincangan dihadapan kelas.
Strategi:
Perbincangan kumpulan diikuti persembahan
Sumber pengajaran: teknik peta minda
Nilai : Berani,kerjasama.




ABM;
Manila kad,marker pen,kad perkataan.





Langkah 3

( 07 minit)





-Aktiviti pengukuhan dalam kumpulan dan menjawab soalan

-Guru menyemak
  jawapan yang  
 dibentangkan oleh murid daripada setiap kumpulan.
-Jawapan yang salah diperbetulkan oleh guru.
-Guru memberi tepukan dan penghargaan kepada setiap kumpulan murid yang membentangkan jawapan mereka.
-Guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid.
-Murid diminta menjawab soalan dalam

-Murid memberi  tumpuan terhadap jawapan yang disemak oleh guru.


-Murid memberi tepukan kepada wakil kumpulan yang membentangkan jawapan mereka.


-Murid menjawab soalan di dalam lembaran kerja



Nilai : -
-kerjasama
-Tekun
-











                       







lembaran kerja.
-Guru membimbing murid menjawab soalan dengan betul.

-Murid bertanya guru soalan yang mereka tidak faham.
ABM:
-Lembaran kerja.




Refleksi/
Penutup
(4 min)

Merumuskan mengenai isi pelajaran pada hari tersebut.

Guru mendeklamasi
sajak ‘Jasa Ayah”dan meminta murid menyenaraikan nilai-nilai Murni
-Guru menerapkan nilai
Murni

Murid mendeklamasi sajak ‘Jasa Ayah”dan membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.

Strategi:
Perbincangan secara kelas.

Sumber pengajaran: petikan sajak







Calender

Jam

Anime

Water Fall